Wednesday, 11 September 2013

.:: kerana seringgit ::.


:: own experience ::
semalam, setelah sekian lama tak memandu kereta manual, akhirnya, today is the day.. kereta saya nak kena hantar servis, so hari ni drive la kereta suami.. kereta suami saya tu manual pula... sejak tuka kereta, saya memang jarang la bawak manual walaupun kereta sebelum tu manual.. hoho..

makanya, setelah sekian lama tak memandu manual, sampai juga ke tempat destinasi walaupun semasa memandu tu, gaya nya tersangatlah focus macam orang baru nak belajar memandu..

alkisah, semasa pulang ke rumah, kena melalui tol Duke yang rm2 tu.. saya dengan yakin dan bangganya masuk ke bahagian touch & go.. tet-tet ! baki kurang ! oh mannnnn ! masa tu cam panic sat.. tekan interkom takdak orang jawab... alamak, sure kena marah.. mana hazard light ni... ala, ni kereta cik abang, tak biasa, mana nak ingat hazard light kat na... macam mana ni.. hoho.. panic tak hengattt..

saya pun lambai, kasi signal kat kereta belakang, btau yang saya nak kena reverse... kereta belakang tu macam nak reverse dah, tapi ble da ramai sangat beratur belakang dia, dia pun susah jugak nak mengundur..

saya kalut lagi... em, tekan interkom lagi la..

tiba-tba

pemandu kereta belakang, keluar dari kenderaan dan menuju kearah saya.. saya da macam, "mampuih den kena marah".. sangkaan meleset.. dia suruh ready and drive... dia pakai touch & go dia untuk kasi saya lalu.. ohh... saya pulak blur, angkat je palang, ngan gaya pemandu baru dapat P, dok usha gear masuk ke tak, terlupa langsung perihal tadi... dah jauh sikit, saya macam baru tersedar yang tadi saya sangkut kat tol... saya usha belakang, da tak nampak kereta aunty tadi.. bawak slow dok lane kiri pun tak nampak juga.. 

dush! dush! rasa bersalah, segan dan sengal menimpa-nimpa.. kenapa jalan je, lupa bena nak cakap thank you... kenapa tak bagi rm2... saya pandang handbag yang terletak bawah seat, ohh, susah nak capai handbag, tu yang sampai terlupa kot... (ayat penyedap hati je sebenarnya).. 

Alhamdulillah tak terkira pada aunty tu... walaupun kerana rm2, you made others' life easier ! and masa sambung perjalanan pulang, saya teringat satu insiden yang berlaku few months back before i got married, cerita duit seringgit.. 

: flashback - duit seringgit :

masa tu p date ngan one of my BFF kat KLCC.. makan, borak & gelak, hari da lewat and kami pun mahu pulang... ketika nak bayar parking kat autopay machine, ada sorang chinese guy ni tengah nak bayar tiket... parking fee dia rm9 and dia pun masukkan note rm10.. machine tu tak terima banyak kali... so, die pun seluk poket, tengok duit kecik... seringggit demi seringgit dia masukkan and that's it ! tak cukup seringgit ! 

muka dia da rasa bersalah buat kami tunggu lama.. aku pun seluk wallet, bagi la dia seringgit.. muka die happy and lega gle.. pastu buat muka bersalah sebab ter-pow aku secara tak langsung.. hehe

membe aku tanya, "ikhlas ke mai?" ... aku pon "apa nye soklan la, insha Allah dimudahkan perjalanan kita lain kali, what we give kan we get back".. (takkan la nak jawab 'aku ikhlas la'... haha).. 


well, i guess, i already 'get back' my seringgit through aunty semalam... thank you aunty ! thanks to Allah ! :)

No comments:

Post a Comment

How i miss blogging  Dah lama tak update blog. Bila baca post lama, baru sedar, betapa syok dan gigih nye diri menulis setiap detail event...