pernah tak korang terperangkap di dalam lif ?
scary..
pagi tadi, before off to office, suddenly sume penggera fire alarm kat apartment saya berbunyi... i was like, "apakah? seriously kebakaran ke ?".. dah lah rumah kami nombor 2 dari hujung, so, memang kuat la dengar bunyi nye..
ku intai keluar, pelik.. takda sapa pun cemas or dengar bunyi apa-apa.. okay, sempat pula saya memakai tudung elok-elok dan keluar rumah secara tenang tapi pantas... keluar pintu rumah, pandang keliling lagi.. pelik lagi sekali... orang depan rumah pun, tak cemas, dok intai atas bawah, sambil memikirkan apakah penyebab penggera kebakaran berbunyi..
apabila menghampiri lift, tahulah saya yang penggera kebakaran berbunyi sebab lift rosak and stuck at level 3... syukur lah pagi-pagi saya memang turun ke parking guna tangga sebab nak exercise.. kalu naik lift, mungkin akan menjadi mangsa lak pagi tu..
saya pun menuruni tangga dengan pantas ke parking kereta di tingkat 3, dan nampak management team tengah panic nak solve problem.. dengan guna 1 kunci kecik, dia masukkan kat pintu lift, mudah je pintu terbuka.. "oh, macam tu".. pelajaran baru untuk pagi ini... tapi pintu lift tu akan tertutup dengan pantas.. hanya sempat salah sorang dari management team tu untuk lift berada di aras mana..
'tingkat 5!' jerit dan terus berlari.. kalau saya kepohci, memang la berlari ke tingkat 5 skali untuk melihat operasi menyelamat mangsa tapi, kena la p keje..
masa otw keluar parking, nampak kereta bomba baru tiba.. mesti oang dalam lift tu cemas kan nak tunggu bomba selematkan diorang..
ni nak share tips, kalau-kalau anda terperangkap dalam lift suatu hari nanti :
1. Wajib tenang dan jangan panic
Suasana memang da panic sebab lift terhenti secara tiba-tiba dan tatau kat aras mana.. maka, korang kena bertenang apatah lagi kalau lift tgh penuh masa tu... Ble lift stuck, korang akan berasa sangat congested dan boleh mengakibatkan tekanan ataupun mungkin boleh terkena claustrophobia iaitu fobia pada tempat yang sempit... ini adalah bahaya... maka, sila tenang..
2. Gunakan telefon bimbit anda
Kalau ade line kat dalam lift tu, call la rakan-rakan yang berada di sekitar bangunan lift yang anda terperangkap tu.. haruslah dengan pantas ask them to report to the building maintenance and save you ! jangan la p update status FB or insta pula !
3. Kalau gelap, cari sumber pencahayaan
Bila lift stuck, kadang-kadang lampu dalam lift boleh terpadam secara automatic and kadang-kadang nya, stuck je, tapi lampu sume okay.. kalau da bergelap tu, sila la cari sesuatu yang boleh dijadikan sumber pencahayaan.. again, ditakuti ada antara mangsa yang mengalami achluophobia, iaitu takut gelap.. bila bergelap, orang yang mempunyai fobia ini akan panic... bahaya untuk situasi..
4. Jangan escape guna 'lubang' kat ceiling lift
nasib la di zaman moden ni, kebanyakan lift tidak mempunyai 'lubang' di ceiling lift... but old building yang memang tak pernah tukar lift nya, memang ada lubang ni... please, do not follow what you have seen in movies before as it can be extremely dangerous.. when stuck in the lift, you can never know you are at which level..
5. Try semua button dalam lift
Biasanya, dalam lift akan ada butang emergency yang memang purpose nya adalah digunakan semasa salam situasi begini.. Yes, please press the button and ask for help... sambil tu, try je tekan semua button yang ada dalam lift dengan harapan lift tu akan berfungsi semula.. apapun, mind your step so that you are not to close with the door.. takut tiba-tiba pintu terbukak and berada di tengah-tengah antara 2 aras, akan terjadi sesuatu yang tidak di ingini..
6. "help"
Tengok through the gap of the door, ada pencahayaan tak. if yes, maybe lift da berhenti di mana-mana aras dan somebody can actually hear you when you are screaming.. maka, jerit la untuk mintak tolong.. jangan jerit secara panic.. boleh lah dilakukan secara beramai-ramai dalam lift tu.. yeah, should try to 'enjoy' the moment together... hehe
7. Jaga timing
Semasa terperangkap, check terus time tu pukul berapa... and chec juga gap masa dari korang contact management, ask for help,etc.. kalau da lewat malam, mungkin masa tu korang kena terima kenyataan yang kome mungkin kena 'bermalam'... masa tu, pls stop banging the doors, shouting for helps and apa-apa tindakan yang banyak menggunakan tenaga.. dikhuatiri, boleh mati akibat exhaustion and lack of oxygen..
8. Think positive and never stop praying
Cursing will not change a thing.. lebih baik la kita beristigfar panjang sambil berdoa diselamatkan dengan pantas... Insha Allah, all is well..
:: own experience ::
saya penah terperangkap di dalam lift selama 45 minit time zaman study dulu.. it was an old building and memang slalu ada problems dengan lift.. slalunya, saya gigih je ke kelas di tingkat 8 menaiki tangga, but not that day... masa tu, bas sampai lambat and masa tunggu lift, lecturer betul-betul di depan saya..
i was like, "matilah, ni da la lift kakitangan.. ah, takpelah, da lambat, sekali ni je".. bila pintu bukak, saya ngan muka selamba masuk bersama Puan Lecturer.. hehe.. menyengih je saya bila Puan senyum kat saya.. kantoi sudahh..
okay, tekan butang 8, dan bergerak lift.. gedegung! tiba-tiba lift terhenti.. okay, lampu masih nyala.. relax lagi.. sebab bangunan lama kan, kadang-kadang lift pun 'penat' and 'nak rehat'.. tapi, nampaknya, lama pula lift ni rehat..
"err, puan, saya tekan loceng kecemasan ni ye?"... haha.. after 5 minit semua orang membekukan diri, saya bertanya akhirnya.. Loceng berbunyi, interkom takda orang jawb pula.. saya pun call la classmate, supaya derang leh call for help.. masa tu, nasib la saya masuk lift kakitangan sebab Puan tak bawak phone p ngajar... yeah ! dah hilang rasa bersalah..
sementara menunggu rescue team, puan boleh lak bercerita, kata lift ni dulu memang macam-macam,keras sikit katanya, ada orang siap tampal ayat kursi lagi keliling lift, kadang tu, tekan 8 tapi berenti kat 13.. isk puan ni... time sangkut dalam lift lak leh bercerita benda cam ni.. haha
lepas 45minit, kami berjaya di selamatkan.. tapi yang tak bestnya, class sambung macam biasa.. alahai Puan..
Semenjak tu, bila nak naik lift kakitangan kat that building, definitely i will think twice! :)
No comments:
Post a Comment