Monday 29 July 2013

..:: kad kahwin ::..

- depan - 

-belakang-
entry kali ni adalah untuk review pasal kad kahwin!

soalan : kan da invite through FB, twitter, msg, text, etc over the internet, do we still need to print this wedding card ? costly la...
jawapan : Ye, perlu ! sebab,bukan semua ada kemudahan internet esp warga emas ni.. and untuk sedara mara & VIP, it is not proper kalau jemput to wedding tapi tak bagi card... hehehe... jatuh air muka parents.. hehe... jadilah pengguna bijak, then tak da la budget burst !

tips 1 : nak buat sesama ke asing ?
kos untuk bajet kad, terpulang pada pasangan masing masing... atau lebih tepat, bergantung kepada ibu bapa kedua pihak... ada yang nak gabung kad - 1 kad, terus letak jemputan dari kedua pihak.. yang nak buat asing, kira macam biasa, 1 kad untuk 1 majlis..

kebaikan gabung card :
- jimat kos sebab skali print da dpt 2 majlis

keburukan gabung card :
- orang senang confuse tuan rumah ni menjemput untuk majlis yang mana satu sebab macam serupa je.. pulak tu lagi confuse kalu tuan rumah (ayah) selalu guna nama glamour and nama sebenar nye dah semacam misteri pulak... da orang confuse nak kena p yang mana satu ..

so, choose wisely !

tips 2 : budget

lepas da decide nk gabung kad ke tak, mula mula, kena tentukan berapa bajet yang anda nak spend untuk buat wedding card ni.. jangan tentukan kuantiti and sapa nak invite... tentukan bajet dulu sebab nak kawin ni, bab duit memang the most crucial part...

bajet kad untuk pengantin perempuan dan lelaki tak semestinya sama.. sebab, ada parents yang style nye, kalu anak lelaki, jemputan nya kurang sikit, so kad produce should be lesser, and budget pun cheaper..

do state your budget and hold to it.

tips 3 : how many to invite using cards ?

okay, this one can help you untuk reduce cost...  sila la draft kan penama-penama untuk jemputan anda tu.. hehe... kalu nak jimat, buat anggaran, sesapa yang da invite thru FB, tak yah bagi card.. contohnye gitu la.. so, lesser card produce, cheaper...

tips 4 : efficiency

efficiency ni haruslah in term of time, effort spent and of course, budget..

ade beberapa option untuk printing kad kahwin ni :

#option 1 : all in one
ni tak perlu pening.. p mana-mana kedai printing card kahwin, pilih design ikut budget anda, and terus print.. less work, less time consume..

cuma, harga dia a bit mahal sikit la..

#option 2 : design sendiri, print kat kedai
ini cheaper berbanding option 1.. tapi leceh sikit sebab kena design sendiri.. advatange to those yang ada skill photoshop dan sewaktu dengannya..

design kad kahwin sendiri, pastu, p la mana-mana kedai paper based printing, and tanya la, nak print berapa banyak, material sekian sekian, nak soh potong ke camna...

#option 3 : design & print sendiri
this option, should be the cheapest.. sebab ramai je bakal pengantin terutama yang berbajet kecil untuk kad kahwin memilih option ni.. tak salah pun, yet lagi exclusive sebab memang design kad tak mungkin akan sama dengan yang lain..

tapi kne buat proper calculation  in term of time, cost and energy spent.. murah tapi memeningkan kepala pun, tak bagus juga.. :)


*own experience*

option : 2-design sendiri, print kat kedai
jenis card : art card, laminated
size : A4, potong 3
designer :Leesya Creative 
printing company : RGB Connection

Alhamdulillah.. untuk kad, kami sangat berpuas hati.. untuk design yang comel, kemas dan mantap... thanks a lot to Leesya Creative for the design...

mula mula plan nak design & printing sendiri (option 3) sebab nak save cost.. and calculated cost untuk design & print sendiri masa tu anggaran RM300-500.. tapi, alhamdulillah rezeki orang nak kahwin mungkin, untuk 1,000 kad yang di print, hanya RM300 yang di belanjakan.. :) thanks to RGB Connection.. 

save energy and time dengan sangat banyak! 


***tips tambahan 

untuk pasangan yang nak buat kad asing, kalau boleh, pastikan tema kad adalah berlainan untuk kedua belah pihak.. 

contoh : 
pihak perempuan : tema kartun comey 
pihak lelaki : tema classic 60's 

bukan apa, saja nak seronok and kelainan.. :)

ni wedding card side lelaki..

- depan -


- belakang - 



No comments:

Post a Comment

How i miss blogging  Dah lama tak update blog. Bila baca post lama, baru sedar, betapa syok dan gigih nye diri menulis setiap detail event...